Dua cucu tikam nenek hingga mati kerana dilarang bercinta
PHNOM PENH - Dua pelajar sekolah tinggi tergamak menikam nenek mereka hingga mati hanya kerana dilarang bercinta. Seng Chanboramey, 19, dan adiknya, Seng Heng Sanika, 18, berdepan tuduhan membunuh di bawah Perkara 199 Kanun Jenayah Kemboja yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika disabit bersalah. Kedua-duanya melakukan perbuatan itu di rumah didiami mereka pada 5 April lalu.
Mereka berang kerana mangsa yang berusia 64 tahun menegah mereka mempunyai teman lelaki kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada prestasi akademik. Chanboramey dan Heng Sanika yang tidak dapat menerima larangan itu bertindak menikam mangsa beberapa kali dari belakang. Jasad warga emas itu dengan kesan tikaman hanya ditemui sehari selepas kejadian tersebut.
Siasatan awal pihak berkuasa membawa kepada penahanan dua adik-beradik tersebut. Pengebumian nenek mereka pula diadakan pada Rabu lalu. - Agensi Indonesia akan beri 'kejutan' kepada dunia tahun depan - Prabowo Hubungan Sepanyol-Israel tegang susulan insiden bakar patung Netanyahu Aktivis berdarah Israel bakar pasport, sifatkan negara itu semakin ekstrem Rundingan dengan Iran gagal capai persetujuan - Vance